Quantcast
Channel: KEPALA BERGETAR
Viewing all 169 articles
Browse latest View live

Dendam Pencinta, Slot Ratu TV9

$
0
0
Drama Dendam Pencinta menggantikan Sirrun ini mengisahkan tentang percintaan Zul (lakonan Shah Iskandar) dan Syiella (Nadia Aqilah) tapi terkubur apabila Zul berkahwin dengan Mimie (Hanez Suraya). Ni menyebabkan Syiella menyimpan dendam terhadap Zul. Apakah yang akan dilakukan oleh Syiella terhadap Zul? Menghantui hidup Zul dan bunuh Mimie? 

Episod 07 - 23 Okt | Online Video
Episod 06 - 22 Okt | Online Video
Episod 05 - 16 Okt | Online Video
Episod 04 - 15 Okt | Online Video
Episod 03 - 09 Okt | Online Video
Episod 02 - 08 Okt | Online Video
Episod 01 - 02 Okt | Online Video

Tags: youtube, mediafire, online, download, lagu tema, sinopsis, pelakon


Bini-Bini Perkasa, Slot Aksi TV3

$
0
0

Lakonan Yana Samsudin, Intan Ladyana, Fezrul Khan, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.

Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi.


Total 13 Episod

Episod 08 - 22 Okt | Online Video
Episod 07 - 15 Okt | Online Video
Episod 06 - 08 Okt | Online Video
Episod 05 - 01 Okt | Online Video
Episod 04 - 24 Sept | Online Video | Sinopsis
Episod 03 - 17 Sept | Online Video
Episod 02 - 10 Sept | Online Video
Episod 01 - 03 Sept | Online Video

Tags: youtube Bini-Bini Perkasa, mediafire Bini-Bini Perkasa, online Bini-Bini Perkasa, download Bini-Bini Perkasa, lagu tema Bini-Bini Perkasa, sinopsis Bini-Bini Perkasa, pelakon Bini-Bini Perkasa

Rooftop Di Ntv7

$
0
0

Artis/Band: Drama Band, Estranged, Project Pistol, Aizat, Bunkkface, OAG, Liyana Fizi & Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Ikhwan & Gang, Adira, Awi Rafael, Hafiz & Azlan & Typewriter.

Program Rooftop NTV7 ini memang gempak & happening habis sebab mencatat sejarah menjadi program konsert muzikal TV yang pertama dirakam di atas bumbung bangunan.

Rakaman program ROOFTOP ini bertempat di Rooftop, Tingkat 8, Bangunan Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Episod 06 - 18 Okt - Najwa Latif | Online Video
Episod 05 - 11 Okt - Azlan & The Typewriter | Online Video
Episod 04 - 04 Okt - Liyana Fizi dan Diandra
Episod 03 - 27 Sept - Akim AF
Episod 02 - 20 Sept - Awi Rafael | Online Video
Episod 01 - 13 Sept - Drama Band

Tags: youtube Rooftop, mediafire Rooftop, online Rooftop, download Rooftop

Mimpi Cinderella, Lestary TV3

$
0
0

Lakonan Eina Azman , Afiq Muiz, Izzue Islam dan Hiera Hassan.

Sinopsis penuh. Tamat pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya.

Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.

Saleha bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna. Saleha menangis pada hari pertama bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental.

Tetapi nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya Emir yang sedang menyambung pengajian di luar Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.

Ada kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain.

Melihat kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik Haikal.

Haikal seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat bersabar.
Lorna sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha seperti biasa.

Kepulangan Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan tetapi bukan kasih sayang dan perhatian.

Hari pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya mengikut citarasanya dan menyediakan makanan mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha yang lebih kepada melayan Lorna. Emir sanggup membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna.Lorna pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir.

Saleha jatuh cinta pandang pertama kepada Emir.Dia hairan,dengan sikap sombong Emir dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya.

Emir pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan. Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah Emir. Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian.

Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir.
Beberapa minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti adik. Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan kasut itu dan mahu Saleha membuangnya.

Tetapi hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu. Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan membaiki bahagian yang rosak.Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya.

Menjelang hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya. Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian.

Saleha meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha. Dia berasa sunyi selepas Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas dia mengambil pembantu peribadi lelaki.

Kenangan dengan Saleha sentiasa amenjerat perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang tidak sesuai untuknya.Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha.
Di kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya. Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut. Zarita berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu putera impian membawa sebelah kasutnya.

Karimah pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula sudah tidak berdaya untuk bekerja.

Akhirnya Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.

Episod 05 - 23 Okt | Online Video
Episod 04 - 16 Okt | Online Video
Episod 03 - 09 Okt | Online Video
Episod 02 - 02 Okt | Online Video
Episod 01 - 25 Sep | Online Video

Tags: youtube Mimpi Cinderella, mediafire Mimpi Cinderella, online Mimpi Cinderella, download Mimpi Cinderella, lagu tema Mimpi Cinderella, sinopsis Mimpi Cinderella, pelakon Mimpi Cinderella

Saiful Nita, Samarinda TV3

$
0
0

Lakonan Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.

Drama ‘Saiful Nita’ ini bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?

Total 25 Episod
Episod 22 - 23 Okt | Online Video
Episod 21 - 18 Okt | Online Video
Episod 20 - 17 Okt | Online Video
Episod 19 - 16 Okt | Online Video
Episod 18 - 11 Okt | Online Video
Episod 17 - 10 Okt | Online Video
Episod 16 - 09 Okt | Online Video
Episod 15 - 04 Okt | Online Video
Episod 14 - 03 Okt | Online Video
Episod 13 - 02 Okt | Online Video
Episod 12 - 27 Sept | Online Video | Sinopsis
Episod 11 - 26 Sept | Online Video | Sinopsis
Episod 10 - 25 Sept | Online Video | Sinopsis
Episod 09 - 20 Sept | Online Video
Episod 08 - 19 Sept | Online Video
Episod 07 - 18 Sept | Online Video
Episod 06 - 13 Sept | Online Video
Episod 05 - 12 Sept | Online Video
Episod 04 - 11 Sept | Online Video
Episod 03 - 06 Sept | Online Video
Episod 02 - 05 Sept | Online Video
Episod 01 - 04 Sept | Online Video

Tags: youtube Saiful Nita, mediafire Saiful Nita, online Saiful Nita, download Saiful Nita, lagu tema Saiful Nita, sinopsis Saiful Nita, pelakon Saiful Nita

Jubah Putih Kain Kapan, Telemovie Istimewa Aidiladha Di TV3

$
0
0

Lakonan Fezrul Khan, Sariyanti, Anzalna, Adik Rykal, Hisham Ahmad Tajuddin.

Amir tidak pernah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat malah dia bukannya seorang pemuda yang terlalu leka bersosial. Namun, dia tidak pernah bersembahyang walau hakikatnya dia mendapat pendidikan agama yang cukup sempurna. Setelah Amir disahkan menghidap penyakit kronik, Amir mahu meninggalkan kesibukan kota dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang dia tertarik dengan kanak-kanak melintas memakai jubah putih dan tergerak mahu mengikut mereka. Amir menghabiskan masa di sekolah pondok tempat kanak-kanak tersebut bernaung namun cahaya keinsafan masih belum memancarkan sinar di dalam hatinya. Apakah yang terjadi seterusnya?

Tags: youtube Jubah Putih Kain Kapan, mediafire Jubah Putih Kain Kapan, online Jubah Putih Kain Kapan, download Jubah Putih Kain Kapan, lagu tema Jubah Putih Kain Kapan, sinopsis Jubah Putih Kain Kapan, pelakon Jubah Putih Kain Kapan

Satu Pengorbanan, Cerekarama Aidiladha TV3

$
0
0
Lakonan Noorkhiriah Shapie, Watie Sadali, Zul Ariffin, Faridah Mansur, Roslan Salleh

Satu Pengorbanan mengisahkan tentang dua adik beradi, Zura dan Zana. Zura merupakan tulang belakang keluarga yang membantu keluarganya mengusahakan kebun. Manakala Zana berkerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad sejak dari kecil lagi. namun Zana terkejut apabila keluarga Murad masuk meminang Zura. Murad yang sememangnya tidak kisah untuk dijodohkan antara dua beradik ini mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Zana walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Zana. Zura dapat menghidu perhubungan mereka. Fikirannya yang kusut membuatkan dia hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan. Separuh wajahnya mengalami kecacatan kekal. Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan Sabtu ini, 27 Oktober 2012, jam 10.00 malam

Tags: youtube Satu Pengorbanan, mediafire Satu Pengorbanan, online Satu Pengorbanan Satu Pengorbanan, download Satu Pengorbanan, lagu tema Satu Pengorbanan, sinopsis Satu Pengorbanan, pelakon Satu Pengorbanan

Mad Markets Di TV9

$
0
0

Bersama Hanis Zalikha bersama seorang blogger jemputan untuk berkongsi tempat kegemaran mereka untuk membeli belah barangan yang unik dan menarik bersama anda.

Episode 07 - 24 Oct - Thailand
Episode 06 - 17 Oct - Bangkok, Thailand
Episode 05 - 10 Oct - Bandung, Indonesia
Episode 04 - 03 Oct - Jakarta, Indonesia
Episode 03 - 26 Sept - Kuching, Sarawak
Episode 02 - 19 Sept - Singapore
Episode 01 - 12 Sept - Kuala Lumpur

Tags: youtube Mad Markets, mediafire Mad Markets, online Mad Markets, download Mad Markets


Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2

$
0
0

Masih mengekalkan format yang sama, VOKAL akan mengutamakan pada bakat nyanyian luar biasa dan antaranya seperti mempunyai range suara yang tinggi serta mempunyai asas tentang muzik nyanyian dan pastinya VOKAL tidak akan mengukur pada paras rupa. Ingin saya berpesan kepada mereka yang bakal menghadiri ke sesi uji bakat VOKAL agar membuat persediaan awal supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.”

“Sebagai kelainan, kami juga memberi peluang kepada calon peserta untuk menunjukkan bakat seni lain seperti menari, berlakon atau bermain alat muzik dan ini akan menjadi markah bonus untuk dinilai semasa sesi uji bakat,” tambah Ahmad Shaifullizam Arshad.

Selain itu, Vokal musim kedua juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air iaitu Azmeer dan Mas Idayu yang bakal menggalas tanggungjawab untuk memilih yang berkelayakan menjadi peserta VOKAL musim kedua.

Episod 03 - 24 Okt | Online Video | Rutin Vokal Ep01
Episod 02 - 17 Okt
Episod 01 - 10 Okt | Online Video

Tags: youtube Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2, mediafire Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2, online Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2, download Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2

Di Sebalik Kaabah, Istimewa Aidiladha TV9

$
0
0

Fahami dan dapatkan jawapan daripada pandangan agama, sains dan sejarah segalanya tentang Kaabah. Bersama beberapa orang panel jemputan untuk menghayati keistimewaan kiblat umat Islam ini.

Download 148mb - 25 Okt

Tags: youtube Di Sebalik Kaabah, mediafire Di Sebalik Kaabah, online Di Sebalik Kaabah, download Di Sebalik Kaabah

Korban Haji, Telemovie Aidiladha TV3

$
0
0


Lakonan Ryzal Jaafar, Rozita Che Wan, Norlia Ghani, Zuhairi Ibrahim, Tilla Malvin, Hairi Safwan.

Zaimi dan ibu bapanya berjaya mendapat panggilan untuk menunaikan haji. Zaimi begitu teruja lantaran dia merupakan pemuda termuda di kampung itu yang bakal bergelar haji. Zaimi dan ibunya mahu mengerjakan haji dengan lebih selesa lalu membuat keputusan untuk mengambil pakej VIP.

Namun dalam masa yang sama nenek Zaimi mengalami masalah kewangan dan menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. Semua wang simpananya habis dikeluarkan untuk menjamin anak lelaki bongsunya yang merupakan penagih dadah. Orang kampung mula menasihati Zaimi dan ibunya untuk membantu Wan Piah yang semakin uzur. Namun mereka tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling demi merealisasikan impian mereka. Adakah Wan Piah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci?

Download | Online Video

Tags: youtube Korban Haji, mediafire Korban Haji, online Korban Haji, download Korban Haji, lagu tema Korban Haji, sinopsis Korban Haji, pelakon Korban Haji

Runtun Qalbu, Zehra TV3

$
0
0

Drama Runtun Qalbu mengisahkan tentang Qalbu (Kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya. Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida). Sinopsis lain

Lagu Tema: Noktah - Hazama, Demi Asma Mu - Rafidah Ibrahim

Opening Video Runtun Qalbu
Closing Video Runtun Qalbu

Episod 06 - 26 Okt | Online Video
Episod 05 - 19 Okt | Online Video
Episod 04 - 12 Okt | Online Video
Episod 03 - 05 Okt | Online Video
Episod 02 - 28 Sept | Online Video
Episod 01 - 21 Sept | Online Video

Tags: youtube Runtun Qalbu, mediafire Runtun Qalbu, online Runtun Qalbu, download Runtun Qalbu, lagu tema Runtun Qalbu, sinopsis Runtun Qalbu, pelakon Runtun Qalbu

Panggilan Baitullah, Telemovie Aidiladha TV3

$
0
0

Sebuah drama yang sarat dengan masej pedoman ini mencertikan tentang Abdullah, seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan miliknya kepada orang ramai. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk dia berangkat ke Mekah, Abdullah berasa semakin gelisah. Dia sering bermimpi mengenai seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Haq yang tidak dapat menunaikan haji tetapi diterima hajinya. Abdullah menjadi semakin binggung kerana hampir setiap malam dia didatangi mimpi yang sama. Semenjak itu, Abdullah mula berusaha mencari Haq. Berjayakah Abdullah menemui Haq? Adakah benar lelaki bernama Haq itu wujud dan siapakah Haq sebenarnya?

Pelakon: Dato’ Eizlan Yusoff, Fahrin Ahmad, Mak Engku, Elly Mazlein

Download

Tags: youtube Panggilan Baitullah, mediafire Panggilan Baitullah, online Panggilan Baitullah, download Panggilan Baitullah, lagu tema Panggilan Baitullah, sinopsis Panggilan Baitullah, pelakon Panggilan Baitullah

Tersalah Cinta, Telemovie Istimewa Aidiladha Di TV3

$
0
0
Tersalah Cinta telemovie sempena raya haji 26hb ini, tengok promo tadi di TV3 macam best, lakonan Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman. Drama ini mengisahkan Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?

Download | Online Video

Tags: youtube Tersalah Cinta, mediafire Tersalah Cinta, online Tersalah Cinta, download Tersalah Cinta, lagu tema Tersalah Cinta, sinopsis Tersalah Cinta, pelakon Tersalah Cinta

Salam Dari Bangsamoro - Majalah 3

$
0
0

Tags: youtube Salam Dari Bangsamoro, mediafire Salam Dari Bangsamoro, online Salam Dari Bangsamoro, download Salam Dari Bangsamoro


Trilogi Cinta 2, Slot Arca TV1

$
0
0

Sinopsis ringkas, Norjinah masih menunjukkan sikap dingin terhadap adiknya Norseha, akibat dari peristiwa lama yang pernah berlaku ke atas hidup mereka.

Download
Episod 11 - 26 Okt | Online Video
Episod 10 - 25 Okt | Online Video
Episod 09 - 19 Okt | Online Video
Episod 08 - 04 Okt | Online Video
Episod 07 - 28 Sept | Online Video
Episod 06 - 21 Sept | Online Video
Episod 05 - 20 Sept | Online Video
Episod 04 - 14 Sept | Online Video
Episod 03 - 13 Sept | Online Video
Episod 02 - 07 Sept | Online Video
Episod 01 - 06 Sept | Online Video

Tags: youtube Trilogi Cinta 2, mediafire Trilogi Cinta musim 2, online Trilogi Cinta 2, download Trilogi Cinta musim 2

Hilangnya Doa Seorang Ibu, Skrin Di 9

$
0
0
Esok (16/5/12) Skrin Di 9 menayangkan telemovie bertajuk Hilangnya Doa Seorang Ibu. Drama ini mengisahkan Laila (lakonan Lisdawati) boleh dijadikan idola bagi muslimah moden kerana berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri. Namun walaupun seorang yang alim, bertudung dan tidak meninggalkan solat, Laila hilang hormat pada keluarganya sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari yang lain. Sedar bahawa doa ibu amat mustajab, Laila sering minta ibunya, Zubaidah doakannya. Dalam pada itu, dia sering mengutuk dan memaki abang dan adiknya yang kesempitan hidup sebagai tak cuba berusaha seperti dia.

Hilangnya Doa Seorang Ibu.flv - 300mb | Online Video

Lagu latar, Tiada Duka Yang Abadi - Opick

Tags: promo sinopsis youtube, mediafire, online

Makhluk Sebelum Nabi Adam - Tanyalah Ustaz

Evolusi KL Drift The Series Di TV2

$
0
0

Evolusi KL Drift The Series ini dibintangi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Zach (X-Factor), Ridzuan Hashim dan Ammar Alfian Aziz, ia turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim. Evolusi KL Drift adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lagir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Episod 04 - 25 Okt | Online Video
Episod 03 - 18 Okt | Online Video
Episod 02 - 11 Okt | Online Video (sumber Myklik RTM)
Episod 01 - 04 Okt | Online Video (sumber vanspablo.com)

Tags: youtube, mediafire, online, download, lagu tema, sinopsis, pelakon

Al Kuliyyah - Pengorbanan (Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid)

Viewing all 169 articles
Browse latest View live