Quantcast
Channel: KEPALA BERGETAR
Viewing all 169 articles
Browse latest View live

Fear Factor Selebriti Malaysia, Astro Ria

$
0
0

Fear Factor Selebriti Malaysia melibatkan 30 selebriti yang membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Rancangan 13 episod ini akan memaparkan dua cabaran yang mereka harus lalu setiap episod. Kesemua peserta dkehendaki melakukan cabaran yang diberi. Sekiranya perasaan takut atau gagal menguasai diri, peserta tersebut akan disingkirkan! Siapakah selebriti Malaysia yang akan berjaya dalam kesemua cabaran ini? Semuanya dalam Fear Factor Selebriti Malaysia!

Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program terbaru yang diberi nafas baru dan bakal mendapat sambutan hebat oleh para penonton iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia yang memilih Cape Town, Afrika Selatan sebagai destinasi utama.

Umum mengetahui program ini diadaptasikan daripada format program yang cukup popular di Amerika Syarikat di mana para peserta bakal diuji daya ketahanan mental dan fizikal peserta di dalam setiap cabaran yang dilalui mengikut kesesuaian budaya masayarakat Malaysia.

Mampukah 15 kumpulan yang terdiri daripada selebriti pilihan Malaysia menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal dilalui nanti? Jangan lupa untuk menyaksikan penampilan khas Aaron Aziz sebagai hos utama Fear Factor Selebriti Malaysia di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada 29 Disember 2012!

Credit to Jiwang.net
Download | Online Video

Tags: youtube Fear Factor Selebriti Malaysia, mediafire Fear Factor Selebriti Malaysia, online Fear Factor Selebriti Malaysia, download Fear Factor Selebriti Malaysia


Idola Kecil 5, TV9

$
0
0

Idola Kecil adalah sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun. Nama pertandingan diambil sempena nama pertandingan realiti di Indonesia iaitu Idola Cilik. Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam bidang tarik suara. Petandingan ini merupakan pertandingan nyanyian kanak-kanak yang terhangat di Malaysia. TV9 merupakan siaran yang akan menyiarkan konsert bersiri setiap minggu. Juara bagi rancangan ini akan digelar sebagai idola kecil.

Download

Tags: youtube Idola Kecil 5, mediafire Idola Kecil 5, online Idola Kecil 5, download Idola Kecil 5, lagu tema Idola Kecil 5

Income Dis 2012

$
0
0
Hujung bulan masa untuk cash out Nuffnang RM221.50. Tak banyak sangat banding bulan sebelumnya, walauapapun ya.. syukur..

Hotfile USD229.50, RM688.50, tidak pernah mengecewakan setiap bulan, cuma bulan Disember ni kurang juga banding bulan sebelum2nya.

Says.com 2x cashout RM205+RM110, RM315

Ruang iklan, RM50 (2 bulan)

Total: RM1,275.00

Memburu Rindu, Skrin Di 9

$
0
0
Tiada wanita yang mengimpikan ditinggalkan sehari sebelum hari perkahwinan mereka. Namun bagi Nurlin Humaira, hatinya menjadi beku saat cintanya dikhianati tunangnya sebelum mereka sempat menikmati bahagia. Sinopsis pendek je, panjang sikit nanti kaze update ek guys.

Lakonan Aiman Hakim Ridza, Jue Aziz, Kuna, Putri Mardiana, Wan Norazlin.

Tags: youtube Memburu Rindu, mediafire Memburu Rindu, online Memburu Rindu, download Memburu Rindu, lagu tema Memburu Rindu, sinopsis Memburu Rindu, pelakon Memburu Rindu

Spy M, Aksi TV3

$
0
0

Lakonan Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Amyza Adnan, Adik Ahmad Daniel, Zalif Sidek, Addy Ashraf.

Sinopsis penuh, kisah bermula apabila sebiji batu meteor yang sedang terbang melintasi planet Bumi telah terlanggar sebuah satelit Malaysia, meyebabkan ia terpesong arah laluannya dan menjunam jatuh ke dalam semak samun di sebuah kampung pendalaman. Malangnya, tiada sesiapapun yang menjadi saksi kepada kejadian misteri tersebut kerana hari sudah lewat malam.

Keesokan harinya, Milah (Sharifah Shahira) pagi-pagi lagi dikejutkan dengan suara Kak Besah yang mengadu gelangnya hilang. Kak Besah meminta bantuan Milah yang sememangnya terkenal di kampung mereka dengan kebolehan menyiasat untuk mencari gelangnya. Pada waktu yang sama, anak perempuan Milah, Salsabila (Wan Sharmila) pula terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga adiknya, Fiq (Adik Ahmad Daniel) yang mengidap sakit lelah.

Tiba-tiba, Fiq terlihat satu cahaya misteri yang datang dari batu meteor berhampiran semak di belakang rumah mereka dan bergegas keluar untuk melihat dengan lebih dekat apakah punca sinaran itu. Salsabila yang cuba menghalang Fiq dengan secara tidak sengaja menyebabkan Fiq tersentuh batu meteor itu. Kedua beradik amat terkejut apabila ada satu arus elektrik yang mengalir keluar dari batu itu dan menyambar mereka berdua. Sal dan Fiq terus jatuh pengsan manakala batu meteor itu hancur meletup. Sebaik sahaja tersedar, Sal dan Fiq mula rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka.

Gembira dengan penemuan gelangnya hasil siasatan Milah, Kak Besah menyarankan agar Milah mencuba nasib meminta kerja sebagai ejen penyiasat peribadi selepas terbaca iklan jawatan kosong di Madam J PI, sebuah agensi penyiasat terkenal di kawasan itu. Bukan sahaja Milah gagal mendapat kerja, malah penampilan ala kampungnya diketawakan Madam J. Ketika pulang, Milah berkenalan dengan Datin Que yang menawarkan Milah ganjaran yang lumayan jika berjaya menjejaki kucingnya yang hilang.

Siasatan Milah telah membawa kepada penemuan rahsia kejahatan orang gaji Datin Que yang bernama Seri. Rupa rupanya, Seri merupakan dalang utama kepada kes kecurian kucing kesayangan Datin Que. Seri telah menjual kucing Datin kepada orang lain dan merancang dengan teman lelakinya untuk merompak semua barang kemas Datin Que. Oleh kerana takut rahsia dan komplot jahatnya dibongkar Milah, Seri terus memukul kepala Milah sehingga pengsan dan menyembunyikan Milah di rumah teman lelakinya. Seri turut mencederakan Datin Que dan mengugut supaya wanita kaya itu mengikut kehendaknya dan membuka peti emasnya.

Sementara itu Sal yang berada di rumah menjadi semakin risau apabila kelibat ibunya tidak muncul-muncul selepas seharian keluar menghadiri temuduga di syarikat Madam J PI. Sal ingin berkongsi rahsia dengan ibunya tentang penemuan batu meteor dan kuasa luar biasa yang terdapat pada dirinya. Sal sedar yang dia berupaya membaca pemikiran orang lain apabila disentuh serta mengimbas kembali akan perbuatan yang dilakukan individu berkenaan sejurus sebelum waktu kejadian. Seakan tidak percaya, Fiq pula mampu untuk bergerak dengan pantas walaupun secara logiknya fizikal adik lelakinya tidak begitu mengizinkan kerana penyakit lelahnya.

Bimbang akan sesuatu yang buruk telah menimpa ibu mereka, Sal dan Fiq pergi berjumpa Madam J untuk menjejaki Milah. Berkat kebolehan ‘luar biasa’ Sal, mereka berjaya menemui Milah yang dikurung Seri dan menumpaskan sindiket yang dijalankan bersama teman lelakinya. Untuk membalas jasa Milah dan keluarga, Datin Que berbesar hati membuka sebuah syarikat penyiasatan yang akan diterajui oleh Milah dan diberi nama SPY M.

Bagaimana keadaan Milah selepas mengetahui tentang kelebihan ‘luar biasa’ yang ada pada anak-anaknya? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SPY M menerusi slot Aksi, bermula 3 Disember 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

Download | Online Video

Tags: youtube Spy M TV3, mediafire Spy M TV3, online Spy M TV3, download Spy M TV3, lagu tema Spy M TV3, sinopsis Spy M TV3, pelakon Spy M TV3

Bertukar Semula Dot net Ke Blogspot.com

$
0
0

Salam guys, fyi Exp Date kepalabergetar.net 4/01/2013, kaze plan tak nak renew atas sebab nak try semula letak adsense. So guys kalau mula esok kepalabergetar.net tak boleh akses, try kepalabergetar.blogspot.com.

Cinta Qaseh, Lestary TV3

$
0
0
Siri baru drama Lestary,  Cinta Qaseh bermula di Taj Mahal, Agra, India. Arash seorang pelajar jurusan fotografi telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Qaseh ketika sedang asyik merakam gambar. Ketika itu Qaseh seorang pelajar jurusan perubatan sedang bercuti bersama rakan baiknya, Airin. Takdir telah menemukan mereka berulang kali bermula dengan insiden Arash merakam gambar Qaseh tanpa izin sehinggalah ke insiden kameranya dirampas oleh Qaseh...

Tags: youtube Cinta Qaseh, mediafire Cinta Qaseh, online Cinta Qaseh, download Cinta Qaseh, lagu tema Cinta Qaseh, sinopsis Cinta Qaseh, pelakon Cinta Qaseh

Debunga Lalang, Azalea TV3

$
0
0

Debunga Lalang drama bersiri terbaru Azalea, mengisahkan tentang seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung bernama Saodah. Dia mempunyai dua orang anak perempuan hasil dari dua perkahwinan berbeza iaitu Aishah dan Khatijah. Apabila kedua-dua telah berkahwin, hanya Aishah dikurniakan zuriat dan ini menjadikan Khatijah cemburu. Dia berkomplot dengan ibunya untuk mengambil salah seorang anak Aishah untuk dijadikan anaknya. Aishah kecewa. Mengapa Saodah terlalu membenci terhadapnya? Apakah yang akan dilakukan oleh Khatijah untuk mengambil Ayang Mastura? Saksikan sendiri drama ni guys setiap Isnin hingga Khamis kalau kaze tak silap, jam 4 petang di TV berapa? ya.. betul di TV3 ;-).

Download | Online Video

Tags: youtube Debunga Lalang, mediafire Debunga Lalang, online Debunga Lalang, download Debunga Lalang, lagu tema Debunga Lalang, sinopsis Debunga Lalang, pelakon Debunga Lalang


Ruby, Samarinda TV3

$
0
0
Siri baru Ruby dalam Slot Samarinda TV3. Walaupun menghadapi masalah kewangan, Syuhada nekad hendak meraikan harijadi kawan baiknya, Anis dan sanggup membeli kek kesukaannya itu. Masalah berlaku apabila Syuhada bertembung dengan Benjamin sehingga menyebabkan kek itu terjatuh. Syuhada mahu Benjamin membayar semula kek itu. Benjamin pula mahu Syuhada membayar wang dobi kerana mengotorkan pakaiannya. Lakonan Siti Saleha, Sharnaaz Ahmad dan Hanez Suraya.

Download | Online Video

Tags: youtube Ruby Samarinda, mediafire Ruby Samarinda, online Ruby Samarinda, download Ruby Samarinda, lagu tema Ruby Samarinda, sinopsis Ruby Samarinda, pelakon Ruby Samarinda

Viewing all 169 articles
Browse latest View live